PROGRAM Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
OBJEKTIF

· Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.

GOLONGAN SASARAN

· Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

PERINGKAT PENGAJIAN

· Sijil

TEMPAT PENGAJIAN

· Kolej Komuniti

SYARAT
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839