PROGRAM SUB KEPAKARAN / POST DOKTORAL
OBJEKTIF

Menyediakan biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di IPTA melanjutkan pengajian di peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar Negara bagi :

· Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang pensyarah

· Menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA

· Menggalakan seseorang pensyarah mempunyai 2 bidang kepakaran yang berlainan dalam memantapkan pembangunan modal insan.

GOLONGAN SASARAN

· Pensyarah yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran/Sub-Kepakaran

PERINGKAT PENGAJIAN

· Sub Kepakaran

· Pasca kedoktoran

TEMPAT PENGAJIAN

· Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.

IKATAN PERANJIAN

· Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.

SYARAT

· Warganegara Malaysia;

· Telah disahkan dalam jawatan;

· Bebas daripada tindakan tatatertib;

· Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;

· Diperakukan oleh pihak majikan;

· Tempoh kursus tidak melebihi 2 tahun;

· Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan

  • IELTS/TOEFL dikecualikan .
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839