Sistem ini menyediakan perkhidmatan Semakan Penyata dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran(FPX) bagi semua program dibawah tajaan KPT.
Financial Process Exchange (FPX) adalah kaedah pembayaran secara online yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mempermudahkan urusan pembayaran balik pinjaman pelajaran/tuntutan gantirugi oleh pemegang akaun perbankan internet bank-bank yang terlibat.

FPX diuruskan oleh FPX Payment Gateway Sdn.Bhd, anak syarikat Malaysia Electronic Payment System (MEPS) Sdn. Bhd dengan kerjasama bank-bank berikut:

      
- BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
- CIMB BANK BERHAD
- MAYBANK2U
- HONG LEONG BANK
- MAYBANK2E.NET
- PUBLIC BANK BERHAD

Kaedah Transaksi:

- Log masuk aplikasi menggunakan nombor kad pengenalan peminjam (Cth : 880506065487)
- Pilih Program Pengajian
- Klik BAYARAN BALIK dan masukkan amaun pembayaran. Klik BAYAR
- Klik TERUSKAN. Sila pastikan pop-up blocker telah dinyahaktif
- Log masuk akaun perbankan internet yang dipilih dan ikut arahan yang diberi. Pastikan anda tidak menutup sebarang tetingkap yang dipaparkan
- Transaksi anda adalah berjaya sebaik sahaja memperoleh resit dari pihak bank
- Sebagai bukti pembayaran, sila cetak resit rasmi Kementerian Pengajian Tinggi sebagai bukti pembayaran.
- Klik Disini bagi TATACARA PENGGUNA PEKHIDMATAN SEMAKAN PENYATA DAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI (FPX).
- Klik Disini untuk merujuk Kaedah Bayaran Balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).

Kaedah Menyahaktif Pop-up Blocker:

Internet Explorer: Tools -> Pop-up Blocker -> Turn Off Pop-up Blocker
Mozila Firefox: Tools -> Option -> Content -> Unmark Block Pop-up Window