BIASISWA YB MENTERI PENDIDIKAN - ATLIT CEMERLANG IPT

Biasiswa ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran Biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :

    1. 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana / Dr. Falsafah)
    2. 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama
    3. 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma

    2. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.

    3. Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain semasa permohonan dibuat.

    4. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi / berpendapatan tetap.

    5. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

    6. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :

    1. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT.
    2. Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.

    7. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.

ELAUN DAN KEMUDAHAN

    1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.

    2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

    3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan mengikut kategori yang ditetapkan.

    1. Kategori 1 (Atlet Elit Antarabangsa) - RM 1000 sebulan
    2. Kategori 2 (Atlet Senior/ Junior Antarabangsa) - RM 500 sebulan
    3. Kategori 3 (Atlet Kebangsaan) - RM 250 sebulan

    4. Perlindungan Insuran Sukan dan Kad Perubatan

KAEDAH PERMOHONAN

    1. Permohonan dibuka secara atas talian bermula pada sehingga .

    2. Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Kementerian di url https://biasiswa.moe.gov.my/sukan/

    3. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA.

    4. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 22 April 2019 (Isnin) (tertakluk kepada pindaan) dan tarikh Temuduga adalah pada 16 Mei 2019 (Khamis) (tertakluk kepada pindaan)

    5. Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.

    6. Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan